Friday, 26 August 2016

BAB 2 : PERLEMBAGAAN MALAYSIA

-> PERLEMBAGAAN MALAYSIA

1. Perlembagaan Malaysia mula diperkenalkan buat kali pertama pada 31 Ogos 1957 yang dinamakan sebagai Perlembagaan Tanah Melayu dan kemudiannya diperkenalkan semula sebagai Perlembagaan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 dan merupakan satu dokumen undang-undang bertulis tertinggi dan mustahak serta menjadi rujukan bagi pentadbiran negara.

2. Perlembagaan persekutuan digubal berasaskan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957.

3. Perlembagaan ini diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada tahun 1963 selepas kedua-dua negeri itu menyertai Persekutuan Malaysia.

4. Seterusnya, Perlembagaan Persekutuan yang asalnya mengandungi 14 bahagian dengan 181 perkara dan pindaan telah dibuat pada tahun 1984 dan kini mengandungi 19 bahagian ,183 perkara dan 13 jadual. 

5.   Perlembagaan persekutuan menyentuh bidang kuasa bidang kuasa kerajaan persekutuan dan kerajjan negeri , bentuk dan tugas Yang di-Pertuan Agong (YDPA) , parlimen , kabinet , badan kehakiman , kewarganegaraan , bahasa kebangsaan , perkhidmatan awam , hak asasi dan pilihan raya .
                                             

-> SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN



Image result for perundingan perlembagaan yang pertama 1954

1. Pada tahun 1954 , rundingan kemerdekaan yang diketuai oleh Tuanku Abdul Rahman di London telah gagal kerana British menganggap Tanah Melayu belum bersedia untuk diberi kemerdekaan penuh. 

2. Seterusnya , pada Januari 1956 Tuanku Abdul Rahman mengadakan rundingan di London buat kali kedua bagi membuat rundingan berkenaan tarikh kemerdekaan untuk negara serta membincangkan tentang penggubalan Perlembagaan Persekutuan.

3,. Rundingan tersebut berlangsung dari 18 Januari hingga 6 Februari dan dikenali sebagai London Constitutional Conference 1956.

4. Hasil daripada koferansi itu British bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu serta menubuhkan suruhanjaya bebas untuk membentuk Perlembagaan.

 -> SURUHANJAYA REID


1. Pada Mac 1956, satu Suruhanjaya Perlembagaan telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

2. Suruhanjaya itu diketuai oleh Lord William Reid(hakim mahkamah rayuan England) dan dianggotai oleh empat orang ahli dari negara Komanwel, iaitu Sir Ivor Jennings(ahli akademik dari Britain), Sir William McKell(ahli politik dari Australia), Tuan B.S Malik(ketua hakim mahkamah tinggi India) dan Tuan Abdul Hamid (hakim mahkamah Pakistan).Ahli - ahli ang dilantik untk menganggotai Suruhanjaya Reid telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja Melayu dan Menteri Perikatan.

3. Bagi melaksanakan tanggungjawab tersebut, mereka dibekalkan dengan terma rujukan yang berikut:
(a)memeriksa perlembaggan di Tanah Melayu.
(b)mengambil kira kedudukan Raja Melayu.
(c)syor supaya perlembagaan persekutuan berasaskan demokrasi berparlimen.

->KONSEP KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Image result for keluhuran perlembagaan

1. Keluhuran perlembagaan merupakan prinsip rukun negara Malaysia yang ketiga yang bermaksud ketinggian perlembagaan atau ketertinggian undang-undang.
2. Keluhuran perlembagaan Malaysia terletak pada kedudukanya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang.
3. Melalui konsep ini, tidak terdapat institusi yang mengatasi ketertinggian Perlembagaan Persekutuan sekaligus menjadikanya sebagai pelindung kepada rakyat dan badan kehakiman iaitu badan yang bertanggungjawab menjaga dan memelihara keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia.
4. Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) serta sisitem pemerintahan kerajaan yang terdiri daripada badan perundanga, kehakiman dan eksekutif juga tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan.
5. Badan kehakiman ialah badan yang bertanggungjawab menjaga dan memelihara keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia .

 ->TUJUAN  DAN CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN

Image result for keluhuran perlembagaan

 Tujuan perlembagaan adalah seperti berikut:
(i)Mewujudkan pemerintahan yang adil
   -Perlembagaan Persekutuan digubal berdasarkan tolak ansur dan                           permuafakatan kaum
(ii)Mengelakkan penyalahgunaan kuasa serta mengawal pergerakan kerajaan           dan rakyat
  -Perlembagaan persekutuan merupakan panduan dalam pemerintahan dan             tindakan pemerintah adalah berdsarkan kepada Perlembagaan.
(iii)Menjaga keamanan dan kestabilan negara
  -Sekatan-sekatan dalam perlembagaaan yang membatas kan kebebasan             individu akan menjamin keamanan dan kestabilan negara serta mengekalkan     perpaduan .
  -Pindaan terhadap perlembagaan tidak boleh dibuat dengan sewenang-               wenangnya .

 Ciri-ciri Perlembagaan :
(i)Kestabilan dalam pemerintahan 
   - Pemerintah melaksanakan tatacara lazim yang menjadi kebiasaan umum              supaya rakyat dapat mengambil bahagian dalam pembangunan negara.
(ii)Taggungjawab ke atas rakyat
   - Pemintaan rakyat merupakan panduan bagi kerajaan untuk                                   bertindak.Ketidakpuasan hati rakyat terhadap kerajaan disampaikan dengan          cara yang betul.
(iii)Perwakilan rakyat dipilih melalui pilihanraya.
(iv)Pembahagian kuasa
     - Kerajaan bertindak sebagai pembuat dan pelaksana dasar.
(v)Kerajaan bersifat terbuka 
    -Perbincangan di Parlimen seperti belanjawan negara dan pembuat dasar-             dasar baharu diumumkan menerusi media supaya rakyat maklum.


No comments:

Post a Comment