Sunday, 25 September 2016

PENGAJARAN



Terdapat banyak pengajaran dan kesan yang telah kami perolehi hasil daripada penulisan yang telah kami jalankan ini. Pengajaran dari kesan daripada penulisan ini sangat sesuai untuk dijadikan pedoman serta panduan bagi seluruh rakyat di negara Malaysia agar konsep keluhuran Perlembagaan ini dapat menjamin keharmonian serta perpaduan yang utuh serta erat dalam kalangan masyarakat majmuk yang terdapat di Malaysia ini.

Antara pengajaran yang telah kami perolehi daripada hasil penulisan ini ialah kita perlulah mengamalkan konsep bertolak ansur sesama anggota masyarakat. Sikap tolak ansur ini perlu diperkukuhkan agar ketenteraman dan kemakmuran negara serta kaum dapat dijalankan dengan lebih erat lagi.

Kesan yang kami perolehi daripada hasil penulisan ini ialah keharmonian dan perpaduan antara kaum dalam masyarakat majmuk di Malaysia terjamin dan tidak tergugat dengan pelbagai anasir jahat yang datangnya dari luar. Oleh itu, penghayatan yang kukuh terhadap konsep Keluhuran Perlembagaan oleh masyarakat di Malaysia perlu ada dalam diri setiap warganegara Malaysia.

RUJUKAN

RUJUKAN

1. Normurni Mohamad , Razana Fatin Abdullah@Razali , Mohamad Faizal Ahmat (2016). Pengajian Malaysia Oxford Fajar Sdn. Bhd.

2. Mardiana Nordin & Hasnah Hussin (2014). Pengajian Malaysia, edisi kelima, Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.

KESIMPULAN

KESIMPULAN

Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi negara. Perlembagaan Malaysia yang digubal menjadi gais panduan dalam sistem pemerintahan, sistem politik dan pentadbiran negara di samping memberikan jaminan perlindungan kepada rakyat. Perlembagaan merupakan tunjang kepada keamanan dan perpaduan kaum di Malaysia. Permuafakatan sosial yang dipersetujui sewaktu menggubal Perlembagaan merupakan persetujuan yang telah diterima oleh pelbagai pihak pada ketika itu. Oleh itu, ketinggian Perlembagaan seharusnya dijunjung bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan negara Malaysia. Perlembagaan juga menjadi dasar kepada pembentukan sistem Demokrasi Berpalimen di Malaysia.